Followers

29 January 2011

Terapi Al-Quran

Terapi Al-Quran



Al-QuranJunjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah menggunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.


Konsep rawatan Islam berteraskan Al-Quran tidak boleh disabitkan dengan kajian sains kerana ia berlaku atas dasar mukjizat dari langit. Segala rawatan adalah berkonsepkan doa semata-mata dengan sedikit pengolahan cara seperti menulis ayat-ayat Al-Quran pada pinggan putih yang dilarutkan selepas itu dengan air, membaca ayat-ayat tertentu kemudian ditiup pada air dan juga dengan cara membaca ayat-ayat tertentu sambil mengurut-ngurut tempat yang sakit. Maka penyembuhan itu terjadi bukan kerana ayat-ayat tadi, tapi ia adalah kemaqbulan doa perawat / pesakit daripada Allah s.w.t. Justeru, rawatan yang berkesan adalah hasil dari pengharapan yang tidak berbelah bagi lagi terhadap janji Allah kepada hambaNya yang berdoa.


Penyediaan Susu Ilham menerapkan 30 juzuk Al-Quran dan pelbagai doa / zikir bagi melahirkan pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti anak anda terpelihara. Insyallah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...